Tuesday, October 09, 2007
Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2007/08
Semalam, iaitu pada 8hb Oktober 2007 adalah hari penting buat semua yang telah bergelar MPP di Universiti Malaysia Pahang pada sesi 2007/08. Majlis Watikah Perlantikan dan Majlis Angkat Sumpah telah di adakan di Bilik Mesyuarat Senat, UMP. Majlis dihadiri oleh NC UMP, Prof Dato' Dr Mohamed Said bin Mat Lela, kedua-dua TNC, Dekan JHEPA dan beberapa pegawai tertinggi UMP. Majlis ini merupakan sebagai pin point kepada kami semua selaku MPP yang baru. Semasa mengankat sumpah, barisan pegawai-pegawai inilah yang menjadi saksi. Agak terketar-ketar gak mase baca ikrar tu. Tapi kena jugak la bersabar. Majlis berakhir kira-kira jam 6.15 petang dan selepas itu juga kami di jemput ke majlis berbuka puasa bersama-sama pegawai dan staf UMP di banquet hall, Canseleri UMP. Harapan semoga MPP kali ini dapat melakukan sesuatu yang lebih untuk menjaga kebajikan pelajar di samping sebagai jurubicara antara pelajar dan staf UMP sendiri. :)
Tuesday, October 02, 2007
Hari Mengundi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2007/08
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. 2 Oktober 2007 adalah tarikh bagi pelajar-pelajar membuang undi. 8 calon akan bertanding bagi merebut 5 kerusi umum dan 12 calon lagi masing-masing akan bertanding untuk merebut 8 kerusi fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal(FKM), Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam(FKASA), Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli(FKKSA) & Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik(FKEE) yang mana setiap fakulti akan mempertandingkan 2 kerusi. 2 lagi kerusi adalah dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian(FSKKP) yang mana telah dimenangi oleh Emma dan aku. ;) Undi adalah secara e-voting dan proses membuang undi di buka mulai jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang tadi. Keputusan telahpun diketahui. Calon yang mendapat undian tertinggi adalah Wan Nazirah dari FSKKP(fakulti aku tuuu...). Calon-calon lain yang menang adalah Salman, Afiq, Maryam, Nabil bagi kerusi umum dan untuk kerusi fakulti masing-masing adalah Jeffry(FKM), Said(FKM), Shahir(FKASA), Zulaikha(FKASA), Zaidatul(FKKSA), Hanis(FKKSA), Zul-fadly(FKEE) dan Fatin(FKEE). Maka, telah terpilihlah Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP UMP 2007/08. Semoga semuanya dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan yang paling penting, memperjuangkan nasib mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Pahang agar kita menjadi yang best of the best of all. InsyaAllah...
Friday, September 28, 2007
Kempen bermula!!!
Kempen Pilihanraya Kampus 2007 bagi Universiti Malaysia Pahang telahpun bermula. Jam 5 petang selepas penamaan calon tempoh hari telah membenarkan calon-calon untuk berkempen diseluruh kampus bagi tujuan meraih undi daripada para penyokong yang terdiri daripada 3000 lebih pelajar Universiti Malaysia Pahang. Poster dan kain rentang calon-calon umum telah dinaikkan pada malam 27 September dengan bantuan jentera masing-masing. Aku juga berpeluang untuk berkempen walaupun telah mendapat tempat dalam Majlis Perwakilan Pelajar 2007/08. Suasana di kampus berubah seketika dengan gantungan poster-poster dan kain rentang. Manifesto akan bermula pada malam ini, 28 Septembr 2007, di payung putih berhadapan kafeteria. Jom ke sana beramai-ramai! :)
Wednesday, September 26, 2007
Pilihanraya Kampus 2007
Pilihanraya Kampus datang lagi. Kali ini untuk edisi 2007. Tarikh 26 September pasti menjadi kenangan bagi aku. Pada pukul 11.00 pagi, di Astaka, penamaan calon yang ramsi akan bertanding telah diumumkan oleh Y Bhg Prof Dr Abdul Jalil bin Borham, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Pahang. Disaksikan oleh YH Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Dato' Dr Mohamed Said bin Mat Lela, Timbalan Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang, staf-staf Universiti Malaysia Pahang, calon-calon Pilihanraya Kampus 2007 dan para hadirin yang telah hadir. Sewaktu nama aku disebutkan sebagai calon yang akan bertanding untuk merebut kerusi fakulti bagi Kerusi Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian, aku berasakan bahawa aku kini adalah sebagai wakil kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti aku. Tugas yang bakal aku galas pasti lebih berat lagi. Tambah gembira lagi, aku dan seorang lagi calon dari fakulti aku telah di umumkan sebagai menang tanpa bertanding. Ini bermakna, aku telah sah sebagai salah seorang daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang bagi sesi 2007/08. Alhamdulillah... Tapi, kempen mesti dilakukan bagi memperkenalkan diri aku, sebagai salah seorang daripada barisan kepemimpinan mahasiswa. Setakat ini sahaja dahulu. Kempen akan bermula pukul 5 petang ini sehingga jam 11.59 malam, 2 Oktober 2007. :)
Friday, September 14, 2007
Ramdhan Al-Mubarak
assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...
ramdhan menjelang lagi. bulan yang penuh barokah ini mestilah kita manfaatkan dengan sebaiknya untuk memperbanyakkan beramal dengan amal-amal soleh. puasa kali ini, kita mestilah sama-sama berusaha untuk berpuasa dengan sebaik mungkin. puasa kita hari ini mestilah berkualiti kerana puasa yang berkualiti itulah baru puasa namanya. jadi mamam manakah supaya kita boleh dapat puasa berkualiti ini? seperti yang telah saya katakan tadi. marilah memperbanyakkan beramal dengan amai-amal soleh. banyakkan membaca al-quran, solat-solat malam, bersedeqah, solat-solat sunat dan sebagainya. dalam bulan ini juga, kita seharusnya dapat mengawal amarah kita. dalam bulan inilah kita mahu belajar bersabar wlaupun ujian yang kita terima tidaklah sebesar ujian seperti zaman para Sahabat dahulu. mereka berperang di bulan puasa. namun pun begitu, mereka tetap berpuasa dan bertaqwa kepada Allah SWT. kita patut fikir-fikirkan macam mana puasa kita pada hari ini dan berusahalah mencapai standard puasa yang telah sepatutnya. semoga Allah SWT menerima amalan kita yang tidak seberapa ini dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. InsyaAllah...
ramdhan menjelang lagi. bulan yang penuh barokah ini mestilah kita manfaatkan dengan sebaiknya untuk memperbanyakkan beramal dengan amal-amal soleh. puasa kali ini, kita mestilah sama-sama berusaha untuk berpuasa dengan sebaik mungkin. puasa kita hari ini mestilah berkualiti kerana puasa yang berkualiti itulah baru puasa namanya. jadi mamam manakah supaya kita boleh dapat puasa berkualiti ini? seperti yang telah saya katakan tadi. marilah memperbanyakkan beramal dengan amai-amal soleh. banyakkan membaca al-quran, solat-solat malam, bersedeqah, solat-solat sunat dan sebagainya. dalam bulan ini juga, kita seharusnya dapat mengawal amarah kita. dalam bulan inilah kita mahu belajar bersabar wlaupun ujian yang kita terima tidaklah sebesar ujian seperti zaman para Sahabat dahulu. mereka berperang di bulan puasa. namun pun begitu, mereka tetap berpuasa dan bertaqwa kepada Allah SWT. kita patut fikir-fikirkan macam mana puasa kita pada hari ini dan berusahalah mencapai standard puasa yang telah sepatutnya. semoga Allah SWT menerima amalan kita yang tidak seberapa ini dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. InsyaAllah...
Wednesday, August 29, 2007
First half of the sem 1/07
Akhirnya separuh masa pertama bagi semester 1 2007 hampir melabuhkan tirainya. Cabaran yang mendatang dalam hidup aku semakin kencang sejak2 ni. Meeting seminggu je hampir tetiap hari tapi xpe. Sonok letih2 ni daripada dok sesaje xwat ape2. Tadi ni pon baru je pas meeting pasal TOT JPK n RAKSI. Dan inilah je ruang aku nak rehat jap. Malam kang ade perjumpaan blok plak. Hurmm...kene jadik MC la plak. Nabil pass kat aku sbb dia ade test malam kang. Debor gak aku ni sebab xpenah2 jadik MC. Nampaknye ad-hoc la jap lagi aku nye teks. Hehe. Dalam minggu dpn insyaAllah aku akan ke Bachok, Kelantan untuk program PROFAST. Ni first time ni aku pegi PROFAST. Pengalaman beb. Hehe. 6hb nanti aku kene ade kat U dah. Fuh...cuti pon dah sikit ni. Nanti kalo insyaAllah jadik wakil pelajar xtau la cmne cuti aku. Dengar pengalaman wakil pelajar skarang ni, diorang kate memang kene sacrifice banyak la cuti kite ni. Xpe la. Bersusah2 dahulu pendapatan, bersusah kemudian kedapatan! Hehe. Sok ade paper last. Paper Software Engineering. Ganbatte!! Tadi aku bace ads kat fakulti. Ade la satu competition ni hadiah dia RM10,000. WOW!! Software Design Competition bawah Imagine Cup. Final kat Paris tuuu.. Best... Aku insyaAllah akan masuk bersama dgn 2 lagi member aku untuk bertanding dalam competition tu. Ok la. Aku nak tengok memo dulu. Kot2 ade news baru ke. Peace! :)
Friday, August 24, 2007
enjoy weekend
skang minggu ke-7, minggu dpn minggu ke-8. pastu cuti!! minggu lpas mmg adalah minggu yang paling busy skali sbb malam2 aku asyik xde kat bilik. dgn meeting nye, event nye...kire minggu ni enjoy sket la wlaupon ade meeting gak mase ari rabu tu. tp xpe. esok kite enjoy! sok g melaka. ade lawatan akademik anjuran PETAKOM dan JHEPA. dah lame xg jejalan. hehe. sok grak kol 7 gitu la. kene siap awal la nmpaknye. hehe. yang penting skang, aku dapat g jejalan. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Enough
Assalamualaikum and Good day readers, How're you lads? I hope all of you are doing fine there. How about me? Well, I'm alhamdul...
-
Assalamualaikum readers, long time no write, eyh. How're you guys doing? Fine? I hope all of you are doing fine, Ameen. Yeah right. Sor...
-
Assalamualaikum all! This was taken from Cikma. Happy reading! ;) A good comparison .. *British English vs. Malaysian English** * * Who says...
-
Bismillahirrahmanirrahim... This is a story about one Sunday morning... *click picture to enlarge* That's all for now. ;) Directed by : ...
Followers
Family
Recommended sites
- Adobe Tutorials
- Aku Sempoi
- Al-Fanshuri
- Discover Good Nutrition
- Dr Hasan Ahmad UMP
- Elia : Short & Sweet
- Eyeka Asia
- Fakta dan Kisah Bumi
- Forbes
- Generasi Malaysia
- Joomla Malaysia Community
- KL Urbanite
- Klik Aje
- Literasura
- PC Mag
- PC World
- Photo Malaysia
- Photocompetitions.net
- SEO Chat
- Sifoo.com
- Technology Review
- The Singapore Post
- Tun Dr Mahathir
- Ust Hazmi Dibok UMP
- ust moden
- Ust Yunan UMP
- Ust Zuridan UMP
- W3 Schools