Wednesday, September 26, 2007

Pilihanraya Kampus 2007

Pilihanraya Kampus datang lagi. Kali ini untuk edisi 2007. Tarikh 26 September pasti menjadi kenangan bagi aku. Pada pukul 11.00 pagi, di Astaka, penamaan calon yang ramsi akan bertanding telah diumumkan oleh Y Bhg Prof Dr Abdul Jalil bin Borham, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Pahang. Disaksikan oleh YH Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Dato' Dr Mohamed Said bin Mat Lela, Timbalan Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang, staf-staf Universiti Malaysia Pahang, calon-calon Pilihanraya Kampus 2007 dan para hadirin yang telah hadir. Sewaktu nama aku disebutkan sebagai calon yang akan bertanding untuk merebut kerusi fakulti bagi Kerusi Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian, aku berasakan bahawa aku kini adalah sebagai wakil kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti aku. Tugas yang bakal aku galas pasti lebih berat lagi. Tambah gembira lagi, aku dan seorang lagi calon dari fakulti aku telah di umumkan sebagai menang tanpa bertanding. Ini bermakna, aku telah sah sebagai salah seorang daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang bagi sesi 2007/08. Alhamdulillah... Tapi, kempen mesti dilakukan bagi memperkenalkan diri aku, sebagai salah seorang daripada barisan kepemimpinan mahasiswa. Setakat ini sahaja dahulu. Kempen akan bermula pukul 5 petang ini sehingga jam 11.59 malam, 2 Oktober 2007. :)

No comments:

Enough

Assalamualaikum and Good day readers, How're you lads? I hope all of you are doing fine there. How about me? Well, I'm alhamdul...

Followers