Wednesday, October 31, 2007

Majlis Sambutan Hari Raya UMP

Isnin lepas, U aku telah mengadakan majlis seperti di tajuk tu la. Ia diadakan sepanjang jalan diantara blok fakulti, blok jpph, gym dengan bpa, library dan pej TNC(A&A). Konsep dia adalah konsep gerai. Setiap jabatan & fakulti diberi satu lot untuk gerai diorang. Makanan mcm2 la. Hehe.. :) Setia gerai tu kene hias lawo2 sbb ada pertandingan gerai tercantik. Aku n dak2 mpp dok kat makan kat pentas utama instead of khemah yang diorang sediakan di sepanjang jalan tu. Kire meriah gak la. NC n semua pegawai2 tertinggi semua pon turun. Hari tu juga NC bgtau yg TNC(P&I) U aku, Prof Bad akan keje tmpat lain n baru aje lepas menjalankan operation. Xsempat nk lawat dia. Ust ade ajak tp aku ade klas mase tu. So, aku mntk bantuan mpp lain utk g join ust lawat Prof Bad. Program tu pagi. Aku pon blasah la abis-abisan makanan yang di hidangkan. Layan beb. Hehe... Yg paling best adalah satay n nasik briyani. Siap tmbah berapa round lagi. :P Erm..rase tu je kot nk tulis. Tunggu sambungan episod lain lak ye. Da... :)

Sunday, October 28, 2007

1st week after raya break

Fuh...dah seminggu rupenye lepas cuti Raya ari tu. Ni nak story sket la kan tentang ape yang dah berlaku minggu ni dalam hidup aku. Kite start ngan ari Isnin. Isnin ari tu aku dan famili MPP telah pegi ke Putrajaya. Ade open house KPT. Makan time. Hehe...aku pon tanpa segan silu belasah la makanan-makanan yang terhidang di sane. Kenyang beb. :) Pegi pagi, balik petang. Kire kat open house tu sume MPP dari semua U ade la. Member2 mase kat matrik pon ade gak yang jadik MPP U lain. Selasa; kelas cam biase la. Pagi ade assesment meeting. Group aku wat meeting pasal Hari Raya Open House. Nak tergelak gak arr mase wat assesment tu. Hehe...lawak beb. Malam tu plak ade test final untuk TITAS II. jawab jek.. Rabu; cuti la! Hehe...sebab ape tau x? Sebab Hari Kelahiran Sultan Pahang. Ni ade story menarik. Tengah hari tu, aku ngn Awe dan member dia sorang telah pegi ke Kuantan. Dalam perjalanan tu, mase dekat depan Giant, aku ternampak sebuah kereta eksiden. Aku tengok yang driver dia tu macam kenal. Alih2 member aku la. Aku pon mintak Awe bentikan kete kat tepi sbb nk tolong diorang. Magsa ade 5 orang, tapi sorang je yang cedera berdarah kat kepala. Aku ngn Awe pon bawak la member sorang ni ke HTAA dengan pantasnya. Sbb sepital tu dekat je kan. Kitorang trus pegi wat emegensi. Tapi semua mangse wat check up sbb takut ade cedera dalaman ke kan. Alhamdulillah semua selamat. Aku dok tunggu diorang kat sepital smpai petang gak la. Member nye hal kan. Xde masalah. Rumate aku pon terlibat gak sbenarnye. Khamis; kelas cam biase. Ade 2 kuiz. OOP ngn SE. Aku jawab je la dengan sedaya upaya aku. Baik punya. Hehe...;P. Jumaat;xde klas da..aku pegi kelas 2 hari je minggu ni. Perghh..mantap. Malam tu plak aku meeting ngan MPP. Meeting kali ke-2. Smpai kol 12 gak la. Tido kat bilik gerakan, subuh baru gerak balik. Sabtu; xde wat pape pon. Petang pegi bilik gerakan wat keje labelling sket. Malam meeting ngan mantan MPP 06/07. Smpai kol 12 gak la. Malam ke-2 berturut2 alu tido kat sini. Hehe...bukan ape. Malas nak balik bilik je. :P Tu je kot aku nak tulis. Adios.

Friday, October 19, 2007

Selepas Raya...

Alhamdulillah...Aidilfitri baru aje lepas. Kini hampir kepada suku ketiga semester 1 sesi 2007/08. Lagi 3 minggu aje final exam. Kire lepas2 ni study gile2 arr. Aku final sem ni 3 paper je. Mula dr 13hb Nov smpai la 20hb Nov. Lame kan. Hehe...3 paper je tu. Xpe. Bnyk gap tu kene gune semaksimum yang mungkin la. Kalo x parah beb. Nak citer sket la bleh? Ha...ni citer mase ari raye ari tu la. 1st day raye. Pepagi biase la kan. G solat aidilfitri dulu, pastu g kubur Tok Mid ngn Tok Mah. Ni dah raye kali ke-2 aku raye xde atok. Kalo xde nenek tu lagi lame. Dua2 blah pon xde nenek dan atok dah aku ni. Smbung balik. Pas g kubur tu, ptg tu, kitorang sume g umah Mak Long kat Parit Sulong, Batu Pahat. Smpai pon mase tu dah dekat2 kol 6 ptg. Pastu, malam tu kitorang g umah sepupu mak aku kat Batu Pahat gak. Name kg dia Kg. Muhibbah g2 la. Kitorang balik ke Kulai lewat. Smpai2 je kol 1 pagi. Hehe...letih tahap gaban dah weii. Raye ke-2 plak xde kuar memane sbb ujan satu hari. Kejap lebat, kejap x. Aiseyman. Raya ke-3 plak, g umah Mak Limah kat Kg. Pandan, JB. Pastu g plak umah Mak Teh kat Taman Munshi Ibrahim g2 la. JB gak. Dekat je ngn umah Mak Limah aku tu. Balik pon agak malam. Tp puas la berjalan g umah2 sedare. Raya ke-4 plak balik Subang. Malamnye plak g umah spupu ibu aku kat Sunway. Raya ke-5, pagi tu g kubur Nek Kiah ngn adik Mariah. Adik aku dia meninggal mase lahir sbb lahir xckup bulan. Pastu, tgh ari g2, aku g raye umah Ara kat klang ngn Alan n Zura. G sane smpai lpas Zohor. Balik tu plak aku trus g umah ayah aku ngn adik-adik aku sume. Malam tu g umah Cik Ina ngn Cik Yati. Umah diorang dkt2 ngn umah ayah gak arr. Raya ke-6, aku balik UMP la. Aku bawak balik kuih raye bagi kat mmber sabahan dan sarawakian yang xdapat balik ke kg mereka. Malam tu aku g ar bilik diorang bagi kuih raye sorang sikit. Raya ke-7, hari ni la. Pagi td siap2, gerak g bilik gerakan MPP. Ajak Ayie skali mintka tolong angkat kan PC dalam bilik gerakan MPP ni g PTMK nk format. Pastu, naik balik, surf memo dan sbgnye. Dan aku pulak menulis blog ini di kala ruang yang ada ini. Peace! Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahit Batin...

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Lagi beberapa hari je nak raya dah. Sekejap je pose ni rupenye ek. Tup, tap, tup, tap, dah dekat penghabisan bulan Ramdhan. Tapi aku harap dapat la bertemu dengan Ramdhan yang akan datang. Bulan yang penuh kemuliaan. Masjid pon bleh jadik penuh mase bulan ni. Tu yang bagus tu. Aku still kat kampus lagi. Luse baru balik. Tapi aku direct balik Johor la. X balik Subang dulu. Sini pon ramai yang dah balik. Roomate aku pon dah balik Kedah semalam. Baju meleyu aku tahun ni kaler putih. Aku beli sendiri. He he he...Satu suit lengkap la aku beli kat Kamdar ari tu. Memang belanja sakan aku. Tahun ni raya x boleh enjoy sangat seabba final exam 3 minggu lpas tu. Jadi, kene study la jgak(insyaAllah...selalaunye xkan sempatnye nk study kat umah). Ok la. Kepada semua aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. :)

Tuesday, October 09, 2007

Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2007/08

Semalam, iaitu pada 8hb Oktober 2007 adalah hari penting buat semua yang telah bergelar MPP di Universiti Malaysia Pahang pada sesi 2007/08. Majlis Watikah Perlantikan dan Majlis Angkat Sumpah telah di adakan di Bilik Mesyuarat Senat, UMP. Majlis dihadiri oleh NC UMP, Prof Dato' Dr Mohamed Said bin Mat Lela, kedua-dua TNC, Dekan JHEPA dan beberapa pegawai tertinggi UMP. Majlis ini merupakan sebagai pin point kepada kami semua selaku MPP yang baru. Semasa mengankat sumpah, barisan pegawai-pegawai inilah yang menjadi saksi. Agak terketar-ketar gak mase baca ikrar tu. Tapi kena jugak la bersabar. Majlis berakhir kira-kira jam 6.15 petang dan selepas itu juga kami di jemput ke majlis berbuka puasa bersama-sama pegawai dan staf UMP di banquet hall, Canseleri UMP. Harapan semoga MPP kali ini dapat melakukan sesuatu yang lebih untuk menjaga kebajikan pelajar di samping sebagai jurubicara antara pelajar dan staf UMP sendiri. :)

Tuesday, October 02, 2007

Hari Mengundi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2007/08

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. 2 Oktober 2007 adalah tarikh bagi pelajar-pelajar membuang undi. 8 calon akan bertanding bagi merebut 5 kerusi umum dan 12 calon lagi masing-masing akan bertanding untuk merebut 8 kerusi fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal(FKM), Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam(FKASA), Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli(FKKSA) & Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik(FKEE) yang mana setiap fakulti akan mempertandingkan 2 kerusi. 2 lagi kerusi adalah dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian(FSKKP) yang mana telah dimenangi oleh Emma dan aku. ;) Undi adalah secara e-voting dan proses membuang undi di buka mulai jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang tadi. Keputusan telahpun diketahui. Calon yang mendapat undian tertinggi adalah Wan Nazirah dari FSKKP(fakulti aku tuuu...). Calon-calon lain yang menang adalah Salman, Afiq, Maryam, Nabil bagi kerusi umum dan untuk kerusi fakulti masing-masing adalah Jeffry(FKM), Said(FKM), Shahir(FKASA), Zulaikha(FKASA), Zaidatul(FKKSA), Hanis(FKKSA), Zul-fadly(FKEE) dan Fatin(FKEE). Maka, telah terpilihlah Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP UMP 2007/08. Semoga semuanya dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan yang paling penting, memperjuangkan nasib mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Pahang agar kita menjadi yang best of the best of all. InsyaAllah...

Enough

Assalamualaikum and Good day readers, How're you lads? I hope all of you are doing fine there. How about me? Well, I'm alhamdul...

Followers