Tuesday, October 09, 2007

Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2007/08

Semalam, iaitu pada 8hb Oktober 2007 adalah hari penting buat semua yang telah bergelar MPP di Universiti Malaysia Pahang pada sesi 2007/08. Majlis Watikah Perlantikan dan Majlis Angkat Sumpah telah di adakan di Bilik Mesyuarat Senat, UMP. Majlis dihadiri oleh NC UMP, Prof Dato' Dr Mohamed Said bin Mat Lela, kedua-dua TNC, Dekan JHEPA dan beberapa pegawai tertinggi UMP. Majlis ini merupakan sebagai pin point kepada kami semua selaku MPP yang baru. Semasa mengankat sumpah, barisan pegawai-pegawai inilah yang menjadi saksi. Agak terketar-ketar gak mase baca ikrar tu. Tapi kena jugak la bersabar. Majlis berakhir kira-kira jam 6.15 petang dan selepas itu juga kami di jemput ke majlis berbuka puasa bersama-sama pegawai dan staf UMP di banquet hall, Canseleri UMP. Harapan semoga MPP kali ini dapat melakukan sesuatu yang lebih untuk menjaga kebajikan pelajar di samping sebagai jurubicara antara pelajar dan staf UMP sendiri. :)

No comments:

Enough

Assalamualaikum and Good day readers, How're you lads? I hope all of you are doing fine there. How about me? Well, I'm alhamdul...

Followers