Tuesday, October 02, 2007

Hari Mengundi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2007/08

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. 2 Oktober 2007 adalah tarikh bagi pelajar-pelajar membuang undi. 8 calon akan bertanding bagi merebut 5 kerusi umum dan 12 calon lagi masing-masing akan bertanding untuk merebut 8 kerusi fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal(FKM), Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam(FKASA), Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli(FKKSA) & Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik(FKEE) yang mana setiap fakulti akan mempertandingkan 2 kerusi. 2 lagi kerusi adalah dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian(FSKKP) yang mana telah dimenangi oleh Emma dan aku. ;) Undi adalah secara e-voting dan proses membuang undi di buka mulai jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang tadi. Keputusan telahpun diketahui. Calon yang mendapat undian tertinggi adalah Wan Nazirah dari FSKKP(fakulti aku tuuu...). Calon-calon lain yang menang adalah Salman, Afiq, Maryam, Nabil bagi kerusi umum dan untuk kerusi fakulti masing-masing adalah Jeffry(FKM), Said(FKM), Shahir(FKASA), Zulaikha(FKASA), Zaidatul(FKKSA), Hanis(FKKSA), Zul-fadly(FKEE) dan Fatin(FKEE). Maka, telah terpilihlah Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP UMP 2007/08. Semoga semuanya dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan yang paling penting, memperjuangkan nasib mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Pahang agar kita menjadi yang best of the best of all. InsyaAllah...

1 comment:

SpiderZMeN said...

hmm...wan nazirah menang ye?bagusla..dari fskkp gak...hoho

Enough

Assalamualaikum and Good day readers, How're you lads? I hope all of you are doing fine there. How about me? Well, I'm alhamdul...

Followers