Friday, September 14, 2007

Ramdhan Al-Mubarak

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

ramdhan menjelang lagi. bulan yang penuh barokah ini mestilah kita manfaatkan dengan sebaiknya untuk memperbanyakkan beramal dengan amal-amal soleh. puasa kali ini, kita mestilah sama-sama berusaha untuk berpuasa dengan sebaik mungkin. puasa kita hari ini mestilah berkualiti kerana puasa yang berkualiti itulah baru puasa namanya. jadi mamam manakah supaya kita boleh dapat puasa berkualiti ini? seperti yang telah saya katakan tadi. marilah memperbanyakkan beramal dengan amai-amal soleh. banyakkan membaca al-quran, solat-solat malam, bersedeqah, solat-solat sunat dan sebagainya. dalam bulan ini juga, kita seharusnya dapat mengawal amarah kita. dalam bulan inilah kita mahu belajar bersabar wlaupun ujian yang kita terima tidaklah sebesar ujian seperti zaman para Sahabat dahulu. mereka berperang di bulan puasa. namun pun begitu, mereka tetap berpuasa dan bertaqwa kepada Allah SWT. kita patut fikir-fikirkan macam mana puasa kita pada hari ini dan berusahalah mencapai standard puasa yang telah sepatutnya. semoga Allah SWT menerima amalan kita yang tidak seberapa ini dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. InsyaAllah...

No comments:

Enough

Assalamualaikum and Good day readers, How're you lads? I hope all of you are doing fine there. How about me? Well, I'm alhamdul...

Followers