Friday, September 28, 2007
Kempen bermula!!!
Kempen Pilihanraya Kampus 2007 bagi Universiti Malaysia Pahang telahpun bermula. Jam 5 petang selepas penamaan calon tempoh hari telah membenarkan calon-calon untuk berkempen diseluruh kampus bagi tujuan meraih undi daripada para penyokong yang terdiri daripada 3000 lebih pelajar Universiti Malaysia Pahang. Poster dan kain rentang calon-calon umum telah dinaikkan pada malam 27 September dengan bantuan jentera masing-masing. Aku juga berpeluang untuk berkempen walaupun telah mendapat tempat dalam Majlis Perwakilan Pelajar 2007/08. Suasana di kampus berubah seketika dengan gantungan poster-poster dan kain rentang. Manifesto akan bermula pada malam ini, 28 Septembr 2007, di payung putih berhadapan kafeteria. Jom ke sana beramai-ramai! :)
Wednesday, September 26, 2007
Pilihanraya Kampus 2007
Pilihanraya Kampus datang lagi. Kali ini untuk edisi 2007. Tarikh 26 September pasti menjadi kenangan bagi aku. Pada pukul 11.00 pagi, di Astaka, penamaan calon yang ramsi akan bertanding telah diumumkan oleh Y Bhg Prof Dr Abdul Jalil bin Borham, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Pahang. Disaksikan oleh YH Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Dato' Dr Mohamed Said bin Mat Lela, Timbalan Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang, staf-staf Universiti Malaysia Pahang, calon-calon Pilihanraya Kampus 2007 dan para hadirin yang telah hadir. Sewaktu nama aku disebutkan sebagai calon yang akan bertanding untuk merebut kerusi fakulti bagi Kerusi Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian, aku berasakan bahawa aku kini adalah sebagai wakil kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti aku. Tugas yang bakal aku galas pasti lebih berat lagi. Tambah gembira lagi, aku dan seorang lagi calon dari fakulti aku telah di umumkan sebagai menang tanpa bertanding. Ini bermakna, aku telah sah sebagai salah seorang daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang bagi sesi 2007/08. Alhamdulillah... Tapi, kempen mesti dilakukan bagi memperkenalkan diri aku, sebagai salah seorang daripada barisan kepemimpinan mahasiswa. Setakat ini sahaja dahulu. Kempen akan bermula pukul 5 petang ini sehingga jam 11.59 malam, 2 Oktober 2007. :)
Friday, September 14, 2007
Ramdhan Al-Mubarak
assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...
ramdhan menjelang lagi. bulan yang penuh barokah ini mestilah kita manfaatkan dengan sebaiknya untuk memperbanyakkan beramal dengan amal-amal soleh. puasa kali ini, kita mestilah sama-sama berusaha untuk berpuasa dengan sebaik mungkin. puasa kita hari ini mestilah berkualiti kerana puasa yang berkualiti itulah baru puasa namanya. jadi mamam manakah supaya kita boleh dapat puasa berkualiti ini? seperti yang telah saya katakan tadi. marilah memperbanyakkan beramal dengan amai-amal soleh. banyakkan membaca al-quran, solat-solat malam, bersedeqah, solat-solat sunat dan sebagainya. dalam bulan ini juga, kita seharusnya dapat mengawal amarah kita. dalam bulan inilah kita mahu belajar bersabar wlaupun ujian yang kita terima tidaklah sebesar ujian seperti zaman para Sahabat dahulu. mereka berperang di bulan puasa. namun pun begitu, mereka tetap berpuasa dan bertaqwa kepada Allah SWT. kita patut fikir-fikirkan macam mana puasa kita pada hari ini dan berusahalah mencapai standard puasa yang telah sepatutnya. semoga Allah SWT menerima amalan kita yang tidak seberapa ini dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. InsyaAllah...

Subscribe to:
Posts (Atom)
Enough
Assalamualaikum and Good day readers, How're you lads? I hope all of you are doing fine there. How about me? Well, I'm alhamdul...
-
Assalamualaikum all! This was taken from Cikma. Happy reading! ;) A good comparison .. *British English vs. Malaysian English** * * Who says...
-
Bismillahirrahmanirrahim... This is a story about one Sunday morning... *click picture to enlarge* That's all for now. ;) Directed by : ...
-
Assalamualaikum and good day! Ya haa. Today, I found that my friend have cartoonized my picture in his blog. Have to take a look at it. ;) W...
Followers
Family
Recommended sites
- Adobe Tutorials
- Aku Sempoi
- Al-Fanshuri
- Discover Good Nutrition
- Dr Hasan Ahmad UMP
- Elia : Short & Sweet
- Eyeka Asia
- Fakta dan Kisah Bumi
- Forbes
- Generasi Malaysia
- Joomla Malaysia Community
- KL Urbanite
- Klik Aje
- Literasura
- PC Mag
- PC World
- Photo Malaysia
- Photocompetitions.net
- SEO Chat
- Sifoo.com
- Technology Review
- The Singapore Post
- Tun Dr Mahathir
- Ust Hazmi Dibok UMP
- ust moden
- Ust Yunan UMP
- Ust Zuridan UMP
- W3 Schools