Tuesday, July 29, 2008

Konvensyen MPP IPTA 2008 : Mahasiswa Pewaris Kepimpinan Negara

Politics is too serious a matter to be left to the politicians.
-Charles de Gaulle-

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku rase nak tulis dalam BM lak. Hehe. Okey lah. Hujung minggu lepas, mule dari hari Jumaat sampai hari Ahad aku dan famili MPP UMP telah menghadiri Konvensyen MPP IPTA 2008. Bertempat di ESSET Bangi, konvensyen tu turut disertai oleh MPP daripada 19 lagi IPTA seluruh Malaysia. MPP kitorang datang 14 orang jerk. 2 orang lagi datang hari Ahad n sorang lagi dok kat UMP jadi penunggu. Hehe. Jgn mare ye Angah. ;P Kitorang gerak daripada UMP seawal jam 8.00 pagi. Tu pon sampai dah kol 12 tengah hari cenggitu lah. Kitorang naik unta g ESSET. Caye x? Hehe. Tapi Ucu sampai dulu sbb dia naik kete ngn Abg Saha dia tu. Abg Saha culik dia mase kitorang berenti breakfast kat R&R. Kui, kui, kui. Lepas dah sampai tu, kitorang check in, makan sume n then g solat Jumaat kat masjid UKM. Kitorang g ngn Abg Saha arr nek kete. Uteh kecewa kerana xdapat ikut kitorang. Ayie lagi rilek. Aku faham, musafir. Akhirnye, mereka digelar dengan gelaran Afiq Wong & Jeffry Ong(kasar je bunyiknye). No offences okay. Chill! ;) Ni sebagai mukaddimah je la.

Lepas daripada solat Jumaat tu, kitorang siap2 ar nk g ke slot pertama ptg tu. Slot pertama panelnya adalah seorang bekas Menteri Besau Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Beliau citer pasal peranan mahasiswa dalam pembangunan bangsa. Aku pn tercarik2 gak poin ape nk tulis mase dia cakap tu sbb start2 tu beliau citer pasal ape peranan dia sbg Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Beliau citer lak lpas tu mengenai towering personality disamping pembangunan fizikal. Pastu beliau ade citer cadangan beliau utk wujudkan kemudahan asas di setiap kawasan sejauh 30 km radius. Tu antaranya arr yang aku ade tulis dalam buku aku. :) Lepas abes slot tu, ade sesi riadah. Haa..part riadah ni yang meranik ni. Kitorang leh riadah sendiri2. Hehe. Riadah sendiri2 tu ape maksudnye? Tido la. Ape lagi. Kui, kui, kui. So, pas abes tu, balik bilik n tido sampailah waktu nye makan malam.

Malam tu plak, ade rakaman Bicara Siswa. Aku ingatkan live. Duh. Kalo live best sket. ;P Tajuk forum adalah "Intelektual & Pembangunan Sahsiah di Kalangan Mahasiswa". Panel nye plak adalah Dato' Dr Mohd Faiz Abd Hamid (TNC HEPA UUM), Raimi (YDP UPSI) n Hassanal (YDP UMS) dengan di moderatorkan oleh Saudara Suhaimi Mohd. Rakaman tu dekat sejam gak la. Isinye kalo korang nak tau tgk la Bicara Siswa nnt ye. Hehe. ;) Pas abes tu minum malam sume n then balik bilik tido. Aku tido kat bilik Alang malam tu. Tu pon tertido sbb Adik nk gune laptop n sbb menunggu Nightline abes nk tgk sambungan The Mummy ;P. Cik D ngn PES nye xhabis2 (ambik ko sume terlibat..hehe). Tapi aku balik bilik gak dalam kol 5 pagi gitu la.

Pagi keesokkan harinye macam biase la. Breakfast, masuk dewan, dok diam2 kat lam tu. Pagi tu ade perasmian oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Sri Mohamed Khaled Nordin. Ucapan perasmian macam biasa la kan. Ni kire 1st event yang aku hadir ade beliau la. Xpernah jumpe lagi beliau ni sejak naik ganti Tok Pa ari tu. Lepas perasmian konvensyen tu, beliau sempat merasmikan buku yang MAKLUM nye tu. Lpas tu abes la perasmian tu. Xper ar xciter isi dia ye x? Hehe. ;) Pastu agenda konvensyen disambung dengan perbincangan dalam kumpulan. Kitorang kene group ngn UPSI, UNIMAS n UDM. Isunye adalah komuniti, keluarga dan berkenaan masyarakat pribumi something like that laa. Aku xberapa ingat la sume sub isu yang dibincangkan. Salah satunya isu siswi lebih ramai daripada siswa di universiti. Ni kire isu beso gak ni. Kalo UMP, bilangan laki2 nye lagi ramai daripada pompuan dengan 3 :1. Mungkin la sebabnye UMP ni universiti teknikal. So, kalo teknikal2 ni mesti la main dgn mesin2 sume tu kn. Di situ interest atau pesongan kurang kuat daripada kalangan siswi la. That's my opinion la. Hehe. Well, isu ni mungkin boleh merebak ke UMP. Hasil pemerhatian yang aku dapat lihat, bilangan siswi yang enroll masuk UMP baru2 ni leh dikatakan menyamai bilangan enroll siswa. Adakah fenomena yang sama akan melanda UMP lantas membidas teori yang sedia ada. Chewah..waseh2 ;) Wallahua'lam. Allah saje yang tahu.

Isu lainnye adalah isu gejala sosial. Aku kurang pasti la fokusnye sama ada secara general ataupun lebih berskop kepada siswa siswi di institut pengajian tinggi. Yang aku ingat, cadangan penyelesaian daripada pihak kami adalah kembali kepada basic; means kembali kepada Allah kerana Dia-lah yang menjadikan segala-galanya dan Dia-lah yang tahu segala-galanya mengenai ciptaan-Nya. Wallahua'lam. Isu lain ape erk...hurm...xigt la. Hehe. Nanti aku ingat aku gtau la ek. InsyaAllah. :) Lepas daripada perbincangan tersebut, kitorang g lunch, balik bilik, guling2 sket atas katil (haha..), solat n bersiap2 balik untuk ke slot seterusnya. Selamat kembali ke dewan itu. Hehe. Slot lpas tu agak mengantuk la. Sbb beliau citer pasal perlembagaan. Huhu. Dah la aku ni kureng sket bab2 perlembagaan ni. Haiya. Tapi, aku ingat la mende last2 skali dia cakap (lebih kurang la), "Kalau setuju tepuk, Kalau xsetuju diam, Kalau penat berdiri." ;)

Tapi slot lepas tu la best. The only one women yang bagi talk utk seluruh konvensyen, Datin Paduka Sharifah Mazlina. Knal x sape? Kalo korang xknal korang ni mmg la...suke makan ayam btol la. Hehe. ;P Dia ade bagi satu formula untuk pemimpin. Kire sape2 yang nk jadik pemimpin kene ade la ciri2 ni. Nak tahu ke formula ape? Name formula tu COCONUT KISS. Pecahan2 dia nanti bebile la aku gtau. InsyaAllah kalo sempat. ;) Petang lpas slot Datin tu, ade la 3 syarikat buat presentation utk kad diskaun pelajar. Kire nnt leh arr pilih kad diskaun mane yang menjadi pilihan di hati. Aku xpernah gune n juge xberniat nk gune. Tapi kitorang bawa mende ni balik UMP la untuk student2 lain. Yang lain mungkin memerlukannya ye x? :) Lepas presentation tu abes, cam biase la balik bilik. Wat la mende2 yang patut.

Sebelah malamnye ade slot bersama tokoh. Tokohnye bernama Datuk Rais Zainuddin. Slot ni agak panas la. Macam goreng pisang panas wa cakap luu. Sampai berbaris orang bangun nak respon. Aku personally rase xpatut la bangkit2 citer lame walaupun citer2 lame itu penting. Cume xperlu disebut2 selalu la. Btol x? Ape yg dh lepas tu biarkanlah ia berlalu, dihadapan kita masih panjang lagi perjalanan melainkan Allah menarik nyawa kita dan aku yakin kita mampu melakar sendiri sejarah kita. Ingat, mati tu bile2 je dia leh datang. ;) Well, let's move on! Yezza! Abes slot tu, aku pn balik la ke bilik n tido. Zzzz...

Yeah! Hari terakhir konvensyen. Pagi tu lpas breakfast ade slot bersama BTN. Mase slot ni citer pasal kenegaraan je la. Ala...cam belajar sejarah mase form 5 gak. Hehe. Lepas daripada tu, ade forum akademik. Panelnye adalah NC UUM, NC UPSI n Timb Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi KPT. Forum tu sume citer pasal akademik la sng citer. Ape2 sahaja yang berkaitan dengan akademik. Lepas abes tu kitorang amek gambo diatas pentas; famili MPP UMP. Macho seh.. ;) Petang tu lepas lunch, ade perbincangan dalam kumpulan lagi skali. Mase ni kire YDP2 tu view la ape resolusi yang nak dibawakan kepada KPT berkenaan 5 isu. Salah satunye isu yang kitorang bincang hari sebelumnya tu la. Yang aku citer tgh2 blog tadi. Hehe. Mase ptg tu la Mohd Awe sampai dengan berbaju batik. Cikzu plak smpai lewat sket lpas drp tu. Salah satunye isu yang kitorang bincang hari sebelumnya tu la. Yang aku citer tgh2 blog tadi. Hehe. Kitorang pn buat la rehearsal sket cmne flow nk serahkan resolusi tu. Lpas tu, semua YDP dan wakil universiti yang xde YDP nye diberi peluang untuk memberi sepatah dua kata la. Lepas dariapada tu, majlis penutup pon bermula.

Penutupan dirasmikan oleh Dato' Idris Haron, Timb. Menteri Pengajian Tinggi. Beliau ade mention satu perkataan yang aku baru 1st time dgr iaitu NATO. Maksudnye No Action, Talk Only. Kire cakap xserupa bikin gitu la. Selepas perasmian penutup, Sedare Afandy telah menyerahkan resolusi MPP kepada Dato' Idris dengan disaksikan oleh 399 orang(ramai lagi rasenye) MPP yang lain. Lepas perasmian tu, tamat lah Konvensyen MPP IPTA 2008. Alhamdulillah. Dah abes tu ding dong ding dong. Kemas2 barang la nak balik. Hehe. Semoga berjumpa lagi di kesempatan yang akan datang. InsyaAllah. Peace! :)

3 comments:

-peace4life- said...

seronok je mcm ak tgk program ni..tp ak rse ade gk yg bosan gk..tym dgr ceramah cnfrm sume terbongkang..hoho

Suburbanzero said...

sonok mmg sonok...hehe
time ceramah tu kalo bosan mmg ngntuk
tp kalo best tu mmg aku bg perhatian la
satu cara aku xmo bg ngntuk ialah tulis ape mende yg org tu cakap
;)

S.Azeem Ong said...

haha. mati aku klu join program mcm ni. tido for sure!!


tips ko tu : "tulis ape mende yg org tu ckp"

aku dh try. x berkesan.

kertas yg spatutnya ada tulisan, akn end up jadi railway kereta api. garisan2 tertolak2 ke atas. hahahahaha

Enough

Assalamualaikum and Good day readers, How're you lads? I hope all of you are doing fine there. How about me? Well, I'm alhamdul...

Followers