Wednesday, March 04, 2009

From old storage : Zaman diraja, zaman sekarang, zaman remaja sekarang (in Malay)

Assalamualaikum all! This old stuff I saved in my storage for a long time and now I'm posting it here in my blog. This one is Malay version. Sorry guys, I don't have English version one. Huhu... By the way, thanks to Cikma for this. ;)

Bahagian (i) adalah cara percakapan semasa zaman diraja. (ii) pula zaman sekarang dan (iii) pula cara perbualan budak-budak remaja zaman sekarang.

#1
(i) Sayugia ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.

(ii) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas.

(iii) Wa cakap sama lu... lu kalau mao kropok dia... lu kropok jangan kasi lebam beb.

#2
(i) Sungguh terhiris hati hamba di atas peradaban tuan hamba di hadapan majlis ini.

(ii) Kurang ajar sungguh awak nie

(iii) Oi! akak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? Sengal punyer budak!


#3
(i) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba... sungguhpun, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.

(ii) Cintaku belum lagi berbalas... berilah aku peluang sekali lagi untuk mengisi ruang hatimu.

(iii) Beb.... wa tak mo jiwa-jiwa sama lu... tapi wa suah cintan rabak sama lu... wa takut wa takleh tahan nanti wa terdugong.. please ahhhhh.


#4
(i) Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan syawal ialah keesokan harinya... maka dengan itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan.

(ii) Di sini ingin diumumkan bahawa besok adalah hari menyambut Hari Raya Aidilfitri.

(iii) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser! Yeaaahhooooooooooooooooo!!!!!!


#5
(i) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekelian ke majlis keramaian itu kelak.

(ii) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu... boleh tak?

(iii) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau... aku pun nak ikot.


#6
(i) Barangsiapa yang telah dengan tanpa segan dan silu melakukan sesuatu kemungkaran... maka.. atas dirinya akan dibalas kemungkaran.

(ii) Sesiapa yg berbuat jahat serta kesalahan akan dihukum.

(iii) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati.. nak bedek takda.... jangan memain dengan aku hah!!


#7
(i) Sungguh menakjubkan kesaktian yang ada atas empunya diri

(ii) Dia sungguh hebat sekali

(iii) Mak kao! Power siottt!

------
MORAL: Bahasa yang baik akan membantu membentuk peradaban yang baik.

LOL ;)

2 comments:

Kipas said...

a'ah... bahase jiwe bangse...

Shitsurei Shimashita said...

skrg short cut x ada adab..angin je tgk..

Enough

Assalamualaikum and Good day readers, How're you lads? I hope all of you are doing fine there. How about me? Well, I'm alhamdul...

Followers